SELEPAS hanya bertemu ketika sesi latihan sebelum ini, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya membuktikan mereka bermula dengan lebih baik berbanding Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas unggul pada pusingan pertama Masters Malaysia hari ini.

Pertembungan sulung antara kedua-dua gandingan yang sedang bersaing merebut tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menang 21-19, 21-18.

Berdasarkan ranking kelayakan ke Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berada di tangga ke-10 dengan mengumpul 50,941 mata manakaka V Shem-Wee Kiong di tempat ke-12 (46,610 mata).

V Shem-Wee Kiong yang bergerak secara profesional awal tahun lalu memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.

All copyrights for this article are reserved to Metro