LATIHAN badminton skuad negara dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan proses semburan pembasmi kuman di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. FOTO NSTP

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk menghentikan sesi latihan buat sementara waktu di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara bermula hari ini.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga atas dan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membendung penularan wabak Covid-19.

ABM akan melalui proses semburan pembasmi kuman dengan kerja-kerja berkenaan bakal mengambil masa beberapa hari.

Sesi latihan dijangka akan bersambung seperti biasa pada 19 Mac.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Berkaitan

Popular

All copyrights for this article are reserved to Metro