KETUA penganjuran saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan sudah mempunyai perancangan bagi menyelamatkan kempen musim ini.

Menurut laporan The Sun, mereka bersedia meneruskan baki 92 perlawanan musim ini secara tertutup dengan setiap perlawanan disiarkan secara langsung di televisyen.

Perlawanan juga berkemungkinan besar diadakan di dua atau tiga gelanggang berkecuali dengan kemungkinan diadakan di Midlands pada waktu yang berbeza.

Euro 2020 ditangguhkan selama 12 bulan semalam, berikutan penularan wabak koronavirus untuk membolehkan negara terbabit menamatkan saingan liga domestik mereka.

Perlawanan EPL tanpa kehadiran penonton dan hanya disiarkan di televisyen.Perlawanan EPL tanpa kehadiran penonton dan hanya disiarkan di televisyen.

Kelab Liga Perdana sebelum ini menyuarakan kebimbangan di mana mereka akan menjadi satu-satunya kejohanan yang tidak sempat untuk ditamatkan sebelum hujung Jun.

Difahamkan, pegawai tertinggi Liga Perdana sudah pun mengadakan perbincangan dengan bos UEFA, Aleksander Caferin bagi memaklumkan yang mereka mempunyai baki perlawanan yang lebih banyak berbanding saingan liga di Sepanyol dan Itali.

Kelab akan dimaklumkan mengenai perancangan terbaharu itu pada mesyuarat yang dijadual berlangsung, esok.

Satu stadium berkemungkinan besar akan berlangsung lebih daripada satu perlawanan dengan pasukan bermain setiap tiga hari bagi memastikan saingan liga tamat mengikut jadual.

Dengan menghadkan jumlah penggunaan stadium, ia dijangka mampu mengurangkan jumlah kakitangan perubatan dan polis yang bertugas.

All copyrights for this article are reserved to Metro