TIDUR di sepanjang kawasan padang pasir di Arab Saudi mungkin menjadi pengalaman sukar buat pelumba yang sudah terbiasa dengan kemewahan Formula Satu (F1) tetapi Fernando Alonso sudah bersedia dengan satu lagi cabaran pada penampilan di Dakar.

Pasukan itu akan berkampung antara padang pasir pada malam Rabu selepas mengharungi laluan sejauh 534 kilometer.

“Saya mungkin gembira tidur yang cukup di hotel tetapi ia mungkin tidak berlaku pada peringkat maraton,” kata warga Sepanyol itu, ketika hari rehat perlumbaan dua minggu itu.

Jentera Toyota yang dipandu Alonso. FOTO Reuters

Juara Dunia F1 dua kali, yang memandu Toyota memberi amaran sebelum perlumbaan bahawa dia datang ke Dakar dengan jangkaan untuk menang.

Segalanya berjalan lancar, kerana selepas separuh perlumbaan warga Sepanyol itu berada di tempat ke 16, lebih daripada tiga jam ketinggalan berbanding pendahulu yang juga rakan senegaranya, Carlos Sainz.

Dia ketinggalan selepas berhadapan masalah dengan kegagalan pada peringkat kedua apabila Alonso hampir kehilangan tayar depan dan terpaksa berhenti menyelesaikannya lebih daripada dua jam setengah.

“Dia mempunyai kelengkapan yang diperlukan untuk memperbaikinya tapi dia terlebih dahulu perlu mencari roda berkenaan kerana ia tersasar daripada kedudukannya,” kata ketua Pasukan Perlumbaan Toyota, Jean-Marc Fortin.

All copyrights for this article are reserved to Metro