ATLETICO Madrid mengejutkan juara bertahan, Liverpool untuk melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pagi ini ketika jaringan masa tambahan Marcos Llorente membantu kemenangan 3-2 sekali gus mara menerusi agregat 4-2.

Aksi pertahanan mantap membolehkan skuad Diego Simeone beraksi sehingga ke masa tambahan selepas tandukan babak pertama Georginio Wijnaldum memberikan Liverpool gol penyamaan dengan agregat 1-1.

Walaupun Roberto Firmino sekali lagi memberikan kelebihan buat skuad kendalian Jurgen Klopp, Llorente meledak dua kali dalam tempoh sembilan minit sebelum Alvaro Morata menambah satu lagi gol.

All copyrights for this article are reserved to Metro