GANDINGAN profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus buntu untuk menumbangkan pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping apabila tumpas buat kali tujuh berturut-turut di separuh akhir Masters Malaysia hari ini.

Peng Soon-Liu Ying seperti hilang arah dan gagal untuk menandingi kehebatan pilihan kedua itu selepas kalah straight set 21-10, 21-13 di Arena Axiata.

“Memang sedikit kecewa sebab kekalahan disebabkan permainan kurang menjadi. Ini bukan standard kita.

“Saya harap kejohanan seterusnya (Masters Indonesia) kami mampu mencatat keputusan lebih baik berbanding hanya mara sehingga separuh akhir,” kata Peng Soon.

Pemain yang berdepan dengan masalah saraf muka itu hujung tahun lalu mengakui masih mengharapkan permulaan lebih cemerlang seperti meraih kejuaraan.

All copyrights for this article are reserved to Metro