PEMAIN pertahanan Arsenal, Calum Chambers terpaksa ‘gantung but’ bagi tempoh enam ke sembilan bulan selepas menjalani pembedahan ligamen.

Chambers terpaksa berehat selepas mengalami kecederaan itu ketika aksi menentang Chelsea pada Ahad.

Perlawanan itu menyaksikan Arsenal tewas 2-1 kepada The Blues.

Susulan perkembangan ini, The Gunners dijangka mencari pemain bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Chambers ketika jendela perpindahan Januari.

All copyrights for this article are reserved to Awani