Chelsea menawarkan pemain pertahanan berusia 20 tahun, Reece James kontrak jangka panjang sehingga 2025, menurut kenyataan gergasi Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

James antara beberapa pemain tempatan yang mendapat perhatian dalam musim pertama Frank Lampard mengambil alih di Stamford Bridge, memanfaatkan daripada penggantungan perpindahan yang menghalang kelab itu untuk membeli pemain baru pada penghujung musim lalu.

Dia melakukan 18 penampilan sejak kembali daripada kejayaan menerusi kontrak pinjaman di pasukan Kejuaraan Inggeris, Wigan Athletic, menjaringkan gol pada penampilan pertama menentang Grimsby Town dalam saingan Piala Liga dan meledak ketika seri 4-4 menentang Ajax Amsterdam dalam Liga Juara-Juara.

“Ia sudah menjadi impian saya untuk berada di Chelsea dan beraksi minggu demi minggu dan mempunyai kontrak tambahan lima setengah tahun adalah seperti berada dalam mimpi sekali lagi,” kata James kepada laman web Chelsea.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia menambah : “Ia berjalan lancar apabila Reece cepat menyesuaikan diri bersama pasukan walaupun terlepas peluang berada dalam kesebelasan utama untuk menonjolkan bakatnya kepada semua orang.

“Pada dasarnya pemain muda yang sedia ada adalah sebahagian daripada masa depan kelab ini dan merupakan pencapaian daripada usaha hebat yang dilakukan menerusi akademi, jabatan pinjaman, staf kejurulatihan baru kami dan sudah tentu pemain itu sendiri.”

All copyrights for this article are reserved to Metro