PENYERANG Barcelona, Ousmane Dembele dijangka kembali meneruskan latihan di pusat latihan kelab itu selepas semakin pulih daripada kecederaan hamstring serta menjalani ujian Covid-19, umum juara Sepanyol itu semalam.

Dembele menjalani pembedahan berikutan di kaki kanan itu pada Februari lalu, apabila Barca berkata pemain Perancis itu mungkin tidak dapat beraksi sekitar enam bulan.

Dia sebelum itu mengalami kecederaan sama pada November tetapi kecederaan itu bertambah teruk pada 3 Februari selepas kembali menjalani latihan.

“Ousmane Dembele kembali ke Ciutat Esportiva hari ini selepas menjalani beberapa wajib untuk memastikan dia pulih daripada kecederaan otot kanannya,” menurut kenyataan kelab itu.

Kenyataan itu diikuti beberapa gambar kelihatan pemain berusia 23 tahun memakai pelitup muka dan sarung tangan, disamping memberikan isyarat bagus ketika tiba di kelab berkenaan.

Dembele menyertai Barcelona dalam perjanjian bernilai lebih 147 juta Euro (RM688.8 juta) dari Borussia Dortmund pada 2017 namun aksinya terbatas di Sepanyol selepas mengalami kecederaan.

Dia hanya melakukan 35 penampilan dalam kesebelasan utama pada perlawanan La Liga buat Barca dalam tempoh tiga musim di kelab itu.

Barcelona kembali menjalani latihan Jumaat lalu. Pemain mula menjalani secara individu menjelang kemungkinan saingan La Liga dapat disambung semula pada 12 Jun ini.

All copyrights for this article are reserved to Metro