DIA bukan hamba kamu!

Itu teguran yang diterima oleh pemain tenis Perancis, Elliot Benchetrit semasa perlawanan Terbuka Australia baru-baru ini.

Benchetrit dimarahi pengadil kerana meminta seorang gadis pengutip bola mengupas pisang untuknya semasa perlawanan menentang pemain Kazakhstan, Dmitry Popko.

Bukan saja pengadil, malah tindakan Benchetrit yang dianggap ‘mengada-ngada’ itu turut menimbulkan kemarahan warganet.

Namun Benchetrit mempertahankan tindakannya dan berkata bahawa gadis itu “tidak kisah pun” dan tidak membantah permintaannya untuk berbuat demikian.

“Saya meminta gadis bola mengupas pisang untuk saya kerana saya telah memakai krim di tangan supaya tidak berpeluh.

“Namun, kali kedua saya meminta tolong gadis tersebut, saya telah ditegur oleh pengadil yang berkata dia bukan hamba saya dan saya boleh mengupasnya sendiri,” katanya.

So this is the moment where Elliot Benchetrit asks the ballkid to peel his banana. Im glad the umpire (John Blom) stepped in and told him off. pic.twitter.com/TK1GET68pG

— Alex Theodoridis (@AlexTheodorid1s) January 19, 2020

Benchetrit berkata dia terkejut dengan komen tersebut dan kesal dengan reaksi yang timbul daripada kejadian itu.

Meskipun terpalit dengan insiden ‘kupas pisang’ itu, beliau berjaya memenangi perlawanan pada Sabtu lalu.

All copyrights for this article are reserved to Awani