JAGUH pecut, Dina Asher-Smith dan pemain kriket, Jofra Archer diumumkan pemenang atlet wanita dan lelaki terbaik 2019 pada Anugerah Sukan Kepelbagaian Etnik Britain.

Dina, 24, menjadi atlet Britain pertama memenangi tiga pingat di satu Kejohanan Dunia tahun lalu.

Dia merangkul pingat emas dalam acara 200m serta memenangi pingat perak dalam acara 100m dan 4x100m berganti-ganti.

Archer, 24, menjadi tonggak utama pasukan dengan melakukan 20 wicket ketika England memenangi Piala Dunia musim panas lalu.

Pelontar kelahiran Barbados itu berkata : “Saya sangat berbangga apabila dianugerahkan Sporting Equals Sportsman tahunan.

“Saya rasa kualiti dan kemampuan dalam sukan adalah salah satu cara untuk menunjukkan kemajuan dalam kehidupan.

“Kerja keras yang dilakukan selama ini dan berterusan untuk mengatasi kemampuan dan kualiti untuk menghasilkan persembahan hebat.

“Saya sangat bersyukur untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.”

All copyrights for this article are reserved to Metro