BINTANG tenis Bosnia, Damir Dzumhur tidak sabar menanti aksi berdepan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di negara kelahirannya dan ibu kota Bosnia, Sarajevo.

Djokovic baru-baru ini melancarkan Jelajah Adria iaitu acara yang berlangsung di empat negara Balkan.

Salah satunya adalah Sarajevo, di mana juara tiga kali ATP dan ranking teratas Bosnia, Dzumhur akan beraksi pada perlawanan amal berdepan Djokovic.

Dzumhur, bekas pemain dunia nombor 23, dan juara 17 kali Grand Slam dijadualkan berdepan di Sarajevo pada awal Julai ini.

“Penduduk di Sarajevo, dan seluruh Bosnia Herzegovina, sangat menyukai Novak. Sejurus ia timbul di media bahawa ada peluang untuk Djokovic untuk datang, saya tahu bagaimana perhatian yang akan diterima. Orang ramai sangat teruja mengenainya, mereka bercakap mengenainya.

“Saya terima banyak khidmat pesanan ringkas dan beberapa ratus orang bertanya saya mengenai tiket. Saya gembira bahawa dia akan datang dan saya harap kami akan menganjurkan segalanya dan mengalu-alukan kehadiran pemain yang layak menduduki nombor satu dunia dan ia adalah peringkat tertinggi.

“Ia akan menjadi detik istimewa kepada seluruh masyarakat dari Bosnia Herzegovina serta masyarakat di Sarajevo, kerana salah seorang daripada atlet terbaik sepanjang zaman hadir memperaga aksi kepada kami.

Pastinya peluang keemasan untuk melihat Novak secara langsung. Saya pasti ia sangat menarik,” kata Dzumhur.

Damir Dzumhur dan Djokovic pernah bertemu dua kali antara satu sama lain, dengan kedua-dua perlawanan itu dimenangi pemain Serb menerusi straight set.

All copyrights for this article are reserved to Metro