You’ll never walk alone!

Lagu itu menjadi ingatan sentiasa terutama bagi penyokong setia The Reds apabila pasukan Liverpool berjaya merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan ini merupakan pertama kali dalam 30 tahun selepas Manchester City tewas kepada Chelsea 2-1.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini hanya memerlukan satu kemenangan sebelum dinobatkan sebagai juara.

Namun kekalahan City yang berada di kedudukan kedua liga, mempercepatkan kemenangan itu.

Penularan pandemik di seluruh dunia yang mengubah segala bentuk permainan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tidak mematahkan semangat bagi peminat liga juara yang menantikan saingan untuk terus beraksi.

Akibat pandemik COVID-19, tiada sambutan secara besar besaran dibuat seperti sambutan kemenangan oleh kelab-kelab sebelum ini.

All copyrights for this article are reserved to Awani