TIGA birdie dan satu eagle pada sembilan lubang terakhir membolehkan Tony Finau mendahului satu pukulan ke atas Webb Simpson pada hari ketiga Terbuka Phoenix semalam.

Finau, yang juga peminat setia Kobe Bryant, mencatat sembilan di bawah par 62 dan keseluruhan mengumpul 197 pukulan untuk berada di landasan terbaik meraih kejuaraan Jelajah PGA buat kali kedua.

“Saya merasakan diri saya mempunyai banyak kelebihan dan berjaya menggunakan semuanya dengan baik sekali,” kata Finau yang membenam empat birdie pada sembilan lubang pertama.

Dia juga berjaya melakukan birdie pada lubang 16 dan ketika itu dia memakai jersi Lakers tertera nama Bryant.

“Saya berjaya melakukan pukulan yang baik ketika di permukaan pasir dan bola terus melantun tepat ke sasaran.

“Ia akan nampak bertambah menarik apabila saya mengenakan jersi yang dipakai Kobe. Semuanya seakan sempurna,” kata Finau.

Simpson, yang mencatat eagle di lubang 12, berjaya menyamai pukulan Finau namun bogey pada lubang 17 menyaksikan dia hanya berpuas hati dengan catatan tujuh di bawah par 64.

“Ia seperti satu malapetaka,” kata Simpson mengenai permainan buruknya di lubang 17.

Bagaimanapun, dia yang melakukan pukulan selubang mengakui ia adalah satu gabungan menarik di antara iron seven dan jarak 178 meter di lubang 12.

Pendahulu pusingan kedua, JB Holmes dan rakan senegara Amerika Syarikat, Hudson Swafford berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan catatatan 14 di bawah par 199 satu pukulan mengatasi Xander Schauffele, Adam Long dan Scott Piercy.

All copyrights for this article are reserved to Metro