LITAR Melbourne lokasi berlangsung GP Australia. FOTO Reuters

GRAND Prix Australia yang menjadi pembuka tirai Formula Satu dibatalkan hanya beberapa jam sebelum berlangsung hari ini susulan kebimbangan penularan wabak koronavirus selepas krew pasukan McLaren diuji positif penyakit itu.

“Pada jam 9 pagi ini, Australian Grand Prix Corporation (AGPC) dinasihatkan Formula 1 supaya membatalkan semua aktiviti Formula 1 di Grand Prix Australia,” kata kenyataan AGPC hari ini.

“Berikutan keputusan itu dan nasihat daripada Ketua Pegawai Kesihatan pagi ini, AGPC mengesahkan Grand Prix Australia dibatalkan serta merta.”

Kabinet Malaysia 2020

Berita Berkaitan

Popular

All copyrights for this article are reserved to Metro