London: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengatakan bahawa Liga Perdana harus membenarkan semula lima pemain gantian berikutan risiko kecederaan yang meningkat musim ini.

Guardiola berkata, terdapat ’47 peratus lebih banyak kecederaan otot’ tahun ini berbanding dengan peringkat yang sama musim lalu.

Kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini mengundi untuk terus tidak membenarkan lima pemain gantian bagi musim 2020-21 pada Ogos lalu.

Peraturan itu mula diguna pakai ketika musim 2019-20 dimulakan semula selepas dihentikan kerana wabak Covid-19 bagi melindungi kebajikan atlet.

Ketika ditanya adakah Liga Perdana harus membenarkan kembali lima pemain gantian, Guardiola berkata: “Mereka harus 100 peratus membenarkan.”

City antara pasukan yang terjejas selepas beberapa pemainnya mengalami kecederaan musim ini termasuklah Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Benjamin Mendy dan Nathan Ake.

“Ia bukan soal satu kelab,” kata Guardiola.

“Di Liga Perdana, pemain mengalami kecederaan otot 47 peratus berbanding musim sebelum ini kerana kurangnya persediaan untuk kebanyakan pasukan dan jumlah perlawanan.

“Semua liga – Jerman, Sepanyol dan di mana saja, membenarkan lima pemain gantian untuk melindungi pemain bukan untuk melindungi satu pasukan.

All copyrights for this article are reserved to Metro