ARSENAL melengkapkan perjanjian mendapatkan pertahanan Portugal secara pinjaman, Cedric Soares dari Southampton.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai skuad Mikel Arteta sehingga penghujung musim tetapi dia mempunyai baki kontrak enam bulan di Southampton.

Soares bakal bersaing dengan Hector Bellerin untuk posisi pertahanan kanan dan mendedahkan dia hampir menyertai Gunners sebelum ini tetapi tidak menyatakan lebih lanjut.

“Kami hampir bersama beberapa tahun lalu jadi ini bukan kali pertama,” kata Cedric selepas tamat sesi menandatangani kontrak. “Ia tidak berlaku ketika itu tetapi sekarang saya bersyukur ia menjadi kenyataan. Saya sangat gembira.

“Sangat penting dalam karier saya dengan datang ke sini. Southampton memberikan saya peluang beraksi di Liga Perdana tetapi beraksi bersama Arsenal satu langkah ke hadapan yang hebat.

Pengarah Teknikal Arsenal, Edu berkata: “Cedric pemain pertahanan yang memiliki pengalaman luas dalam Liga Perdana dan sudah tentu di peringkat antarabangsa.”

All copyrights for this article are reserved to Metro