BINTANG Borussia Dortmund, Erling Haaland menegaskan dia kekal fokus di sebalik spekulasi perpindahannya ke Real Madrid.

Haaland, 19, menjadi salah seorang penyerang yang paling dikehendaki di Eropah berikutan permulaan cemerlangnya di Dortmund.

Pemain kebangsaan Norway itu, mewakili Salzburg sebelum menyertai kelab Bundesliga berkenaan pada Januari lalu, dan sudah menjaringkan 12 gol dalam 11 perlawanan buat Dortmund musim ini.

Ketika Madrid sedang kuat dikaitkan dengan Haaland, pemain muda itu berkata tumpuannya kini adalah kepada prestasinya.

“Saya memberikan tumpuan kepada persembahan, bukan perhatian terhadap diri saya,” katanya kepada Sky Sport.

“Saya memikirkan mengenai melakukan tugas saya iaitu perkara yang paling saya suka. Tumpuan saya pada perkara ini.”

Haaland memberitahu : “Tanpa ragu, saya berjaya bermula cemerlang di Dortmund. Saya memberikan tumpuan bagaimana mempertingkatkan persembahan saya setiap hari.

“Saya cuba meneliti daripada setiap aspek dan berusaha untuk kekal dalam tahap kecergasan yang terbaik.”

Saingan Bundesliga bersambung semula Sabtu ini selepas ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

All copyrights for this article are reserved to Metro