Gaya rambut ala afro Hamilton. FOTO Agensi

LEWIS Hamilton mengubah penampilan gaya rambutnya menjelang tempoh ujian musim sejuk pra musim Formula Satu (F1) apabila memilih gaya rambut ala afro.

Pelumba Britain itu berkongsi gambar gaya rambutnya di Instagram peribadinya ketika tampil bergaya dengan rambut kusut tanpa memakai baju.

Disamping memuat naik keterangan ‘lelaki dari gua’ selepas mencuci rambutnya.

Hamilton dijangka meneruskan latihan bersama Mercedes menjelang musim baharu di Barcelona hujung bulan ini, dengan juara dunia itu masih belum menentukan masa depannya selepas berakhir musim ini.

All copyrights for this article are reserved to Metro