AKSI Jota menjaringkan gol ketika menentang Atalanta di Bergamo. FOTO AFP

AKSI Jota menjaringkan gol ketika menentang Atalanta di Bergamo. FOTO AFP

Bergamo, Itali: Diogo Jota menjaringkan hatrik ketika Liverpool membelasah Atalanta 5-0 untuk kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Juara-Juara Kumpulan D, awal pagi tadi.

Penyerang Portugal, Jota meledak dua kali pada babak pertama di Bergamo sebelum Mohamed Salah dan Sadio Mane melebarkan kedudukan pada awal babak kedua. Jota melengkapkan hatriknya pada minit ke-54.

Skuad Jurgen Klopp kini mempunyai sembilan mata dan lima mata di hadapan Atalanta dan Ajax yang menang 2-1 ke atas juara Denmark, Midtjylland.

All copyrights for this article are reserved to Metro