PENYERANG Juventus, Gonzalo Higuain melanggar syarat perintah kuarantin di Itali untuk bersama ibunya yang menghidapi penyakit kanser.

Higuain pulang ke Argentina untuk meninggalkan Itali hanya tujuh hari daripada tempoh yang disarankan dikuarantin selama dua minggu, dengan Itali antara negara yang terkesan teruk berikutan penularan koronavirus (Covid-19).

The Sun melaporkan peguam pemain berusia 32 tahun itu, Rinaldo Romanelli, kebingungan dengan tindakan Higuain.

Beberapa laporan di Itali mendakwa Juventus membenarkan Higuain meninggalkan Itali, tapi Romanelli tidak mengetahui mengenai dakwaan itu.

Abang Higuain, Nicola memuat naik dalam kenyataan di Facebook di mana dia mengkritik Romanelli dan menyarankan pemain itu diberi ruang peribadi.

Nicola juga menegaskan Juventus membenarkan pemergian Higuain ke Argentina.

Higuain bersama ibunya. FOTO AgensiHiguain bersama ibunya. FOTO Agensi

Dalam kenyataan itu : “Ibu kami, seperti hampir semua orang di dunia ini, berjuang dengan penyakit kanser.

“Mereka ini jelas tidak ambil kisah mengenai kesihatan ibu kami.

“Jelas semua orang tahu pesanan ini ditujukan kepada siapa.

“Gonzalo pulang dengan kebenaran kelab dan bersama sijil yang membuktikan di negatif Covid-19.

“Sama seperti semua warga Argentina di negara ini, dia mengikuti arahan kuarantin yang disarankan presiden kami.

“Higuain tidak lari, OK? Sebab utama adalah dia dapat bersama ibu dalam keadaan situasi yang sukar ini.

Juventus sebelum ini membenarkan Cristiano Ronaldo pulang ke Portugal selepas ibunya mengalami stroke.

Tiga rakan sepasukan Higuain di Juventus – Paulo Dybala, Blaise Matuidi dan Daniele Rugani didapati positif Covid-19.

All copyrights for this article are reserved to Metro