JUARA dua kali Wimbledon, Petra Kvitova, pasangan adik-beradik Pliskova dan beberapa pemain Republik Czech dalam ranking 100 teratas dijangka mengambil bahagian di kejohanan tenis dekat Prague pada 26-28 Mei ini.

“Ini adalah acara pertama diadakan Persatuan Tenis Czech (CTS) khusus buat pemain negara ini ketika mereka tidak dapat melakukan pergerakan kerana pandemik Covid-19,” menurut jurucakap penganjur kejohanan, Karel Tejkal dalam satu kenyataan.

Acara wanita akan menyaksikan penyertaan Petra yang berada dalam ranking ke-12 WTA, Karolina Muchova (ranking ke-26) dan Barbora Strycova (ke-31).

“Saya tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan selepas sekian lama,” kata Petra.

Juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova memeriahkan kejohanan di Prague. FOTO File AgensiJuara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova memeriahkan kejohanan di Prague. FOTO File Agensi

“Saya sangat ragu-ragu mengenai prestasi semasa tanpa beraksi dalam mana-mana kejohanan.”

Pemain nombor tiga dunia, Karolina Pliskova dan pasangan kembarnya, Kristyna berada di ranking 69, turut dijadualkan beraksi.

Ketua CTS, Ivo Kaderka berkata keuntungan daripada penganjuran kejohanan berkenaan mungkin dapat digunakan untuk membantu mengurangkan kesan penularan wabak Covid-19 di Republik Czech yang menyaksikan lebih 8,100 kes disahkan dan lebih 270 kematian dilaporkan.

Acara membabitkan kategori lelaki dijangka menampilkan pemain nombor 65 dunia, Jiri Vesely, yang juga pemenang kejohanan ATP tahun ini di Pune, India.

All copyrights for this article are reserved to Metro