JURGEN Klopp mengakui Liverpool tidak dimotivasikan dengan mencipta sejarah selepas pendahulu liga itu melangkah setapak lagi dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana dengan kemenangan 2-0 di West Ham pagi ini.

Barisan kendalian Klopp mengubah pemburuan kejuaraan kepada keraian dan melonjak 19 mata selesa di puncak dengan 23 kemenangan daripada 24 perlawanan liga musim ini.

Mohamed Salah menjaringkan gol pembukaan menerusi penalti pada babak pertama di Stadium London dan Alex Oxlade-Chamberlain melengkapkan kemenangan ke 15 Liverpool dalam liga paling berjaya itu selepas waktu rehat perlawanan.

Pasukan di tangga kedua, Manchester City ketika ini agak jauh ketinggalan di belakang Liverpool sekali gus menghampiri pemburuan the Reds buat kejuaraan liga Inggeris pertama kali sejak 1990.

Dengan hanya tinggal 14 perlawanan, pencapaian luar biasa Liverpool diiktiraf sebagai antara yang unik menjelang pengesahan kejuaraan liga perdana.

Namun tumpuan Klopp hanya memastikan Liverpool menamatkan perlawanan untuk meraih gelaran yang diidamkan seluruh peminat the Reds terbabit.

“Saya tidak begitu ambil berat mengenai rekod. Kami mempunyai rekod di Dortmund dan Bayern mengatasinya musim seterusnya.

“Saya tidak mahu bersikap membosankan. Kami hanya tidak memikirkan seperti itu.”

Juara Eropah dan Dunia itu ketika ini mencatat 41 perlawanan tanpa kalah dalam liga – hanya lapan untuk mengatasi 49 perlawanan rekod liga utama Inggeris yang dilakar skuad ‘Invincibles’ Arsenal sekitar 2003 dan 2004.

Menyamai pencapaian pasukan Arsenal dalam liga yang sedang berjalan dan keseluruhan musim tanpa kalah mungkin dapat dilakukan Liverpool, ketika rekod liga perdana Manchester City mencecah 100 mata.

All copyrights for this article are reserved to Metro