SEORANG daripada anggota pengedar tayar pasukan Formula Satu (F1) Pirelli didapati positif koronavirus di Melbourne.

Ia adalah ujian positif kedua oleh anggota pasukan F1, selepas jangkitan wabak kepada kakitangan McLaren membawa kepada pembatalan sesi pembukaan Grand Prix Australia.

Pirelli berkata individu berkenaan sudah dinasihatkan mengikut langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Mereka sudahpun disarankan tidak berhubung dengan pihak ketiga yang memerlukan sesiapa sahaja untuk mengambil langkah khas bagi membendung wabak itu.

Pirelli menambah mereka mengikuti perkembangan situasi berkenaan dengan cukup dekat sejajar dengan kepentingan kesihatan awam dan garis panduan syarikat.”

Wabak koronavirus memberikan ancaman pada permulaan musim F1, dengan empat perlumbaan awal seperti di Australia, Bahrain, Vietnam dan China kesemuanya ditunda.

Mengikut jadual perlumbaan kelima dan keenam di Belanda dan Sepanyol pada 3 dan 10 Mei, belum diputuskan pihak pihak penganjur untuk ditangguhkan menjelang beberapa hari ini.

F1 berkata penganjur berharap dapat memulakan musim ini di Eropah pada penghujung Mei, namun masih berusaha untuk beberapa siri plan kecemasan yang bergantung sepenuhnya dengan perkembangan koronavirus di seluruh negara.

All copyrights for this article are reserved to Metro