PERTAHANAN Inter Milan, Ashley Young membelanjakan sejumlah besar wang hanya untuk membawa tukang gunting rambut kegemarannya dari Manchester ke Milan.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat cemuhan dari netizen selepas melihat hasil potongan yang dilakukan oleh tukang gunting bernama Daniel Jonhson itu hanya seperti mencukur kepala menjadi botak.

Young yang sudah beraksi sebanyak dua kali sejak berpindah ke Inter bulan lalu, diperli netizen kerana tindakannya itu seolah-olah seperti membuang masa dan merugikan wangnya.

“Lebih baik cukur sendiri, bukannya susah pun,” komen salah seorang peminat di akaun Instagram bekas pemain Manchester United itu.

Sementara itu, Johnson dilihat tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh netizen dan dia tenang serta bangga dapat tempahan sehingga ke luar negara.

“Di mana saja serata dunia,” kata Johnson yang terkenal dalam kalangan selebriti seluruh dunia hasil kepakarannya dalam bidang dandanan serta fesyen lelaki.

All copyrights for this article are reserved to Metro