LILLE memastikan kemenangan selesa 2-0 di Angers dalam saingan Ligue 1 awal pagi ini, untuk mencerahkan peluang beraksi di Liga Juara-Juara tatkala melonjak menyamai mata dengan pasukan di tempat ketiga Stade Rennais.

Victor Osimhen dan Renato Sanches menjaringkan gol pada setiap babak untuk meletakkan Lille memperoleh 40 mata daripada 24 perlawanan di belakang Rennes dengan perbezaan gol.

Rennes akan melayan kunjungan tetangga, Brest hari ini.

Osimhen menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 14 menerusi lambungan menarik selepas tayangan VAR mengesahkan pemain Nigeria itu tidak berada pada kedudukan ofsaid.

Pelawat menggandakan jaringan 15 minit sebelum tamat permainan menerusi rembatan Sanches dari dalam kotak penalti.

Keputusan itu meninggalkan Angers, yang hanya memperoleh peluang terbaik menghasilkan jaringan pada minit ke 88 perlawanan itu kini berada di kedudukan ke 13 dengan 30 mata.

All copyrights for this article are reserved to Metro