LIVERPOOL meneruskan kerakusan untuk memenangi kejuaraan Inggeris selepas 30 tahun apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas West Ham United, di London pagi ini.

Kemenangan itu membolehkan the Reds melonjak selesa dengan 19 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

Mohamed Salah menjaringkan gol dari sepakan penalti pada separuh masa pertama dan Alex Oxlade-Chamberlain menambah jaringan kedua pada awal babak kedua untuk melengkapkan pencapaian cemerlang dengan 23 kemenangan daripada 24 perlawanan musim ini dan melebarkan rekod tanpa kalah liga kepada 40.

Dalam perlawanan yang ditunda daripda Disember, apabila Liverpool bersaing dalam Piala Kelab Dunia, mereka tidak beraksi dalam tekanan dan memilih West Ham yang berdepan detik kronik, bertahan dengan penuh dispilin apabila diperlukan dan mengintai peluang apabila berpeluang melakukan asakan.

Salah meledak mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke 35 selepas Divock Origi di bentes dari belakang sementara Oxlade-Chamberlain meledak selepas serangan balas pasukan itu dan menjadi karater penting pada musim Liverpool pada minit ke 52.

West Ham mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol, dengan Manuel Lanzini terlepas peluang terbaik pada permulaan babak kedua dan percubaan Robert Snodgrass dihalang penjaga gol Liverpool, Alisson.

Ketika Livepool gah dengan 70 mata, skuad David Moyes pula menduduki tangga ke 17 dengan 23 mata, terkeluar daripada zon penyingkiran dengan hanya perbezaan jaringan.

All copyrights for this article are reserved to Metro