LIVERPOOL mengesahkan semakin meluaskan penguasaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan antara pasukan paling menonjol di peringkat Eropah menurut kajian terkini daripada sebuah badan pengkaji bola sepak CIES.

Jurgen Klopp memiliki antara skuad paling bernilai dalam pasaran perpindahan meliputi saingan lima liga utama, menurut organisasi berkenaan. Malah Liverpool mengatasi pencabar Liga Perdana, Manchester City.

The Reds mendahului selesa di puncak liga perdana dan hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan liga utama dalam tempoh 30 tahun, meletakkan keseluruhan pasukan bernilai sekitar £1.27 bilion (RM6.7 trilion).

Memenangi Liga Juara-Juara musim lalu, skuad Anfield berjaya menafikan saingan daripada skuad kendalian Pep Guardiola, begitu juga Barcelona dan Real Madrid, untuk meraih kedudukan itu.

Seteru kejuaraan La Liga diasingkan oleh pengiraan dengan hanya bernilai sekitar £63 juta (RM332 juta).

Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA turut menambah koleksi kejuaraan Liverpool sebelum penularan wabak koronavirus yang menjejaskan kerancakan aktiviti sukan seluruh dunia.

Chelsea mengisi tempat kelima dalam kedudukan dan CIES mengaitkan nilai mereka dengan melebihi £917 juta (RM4.8 milion) berikutan mendedahkan ramai pemain muda susulan penggantungan perpindahan pemain oleh FIFA.

Pasukan yang mengintai peluang bersaingan di Liga Juara-Juara musim depan, Manchester United berada di kedudukan keenam.

Sementara, Tottenham kendalian Jose Mourinho turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas ketika skuad berkenaan bergelut dengan prestasi.

Kylian Mbappe pemain paling bernilai. FOT AFPKylian Mbappe pemain paling bernilai. FOT AFP

Kylian Mbappe bernilai lebih £227 juta (RM1.19 bilion) dan antara pemain termahal dalam dunia menurut CIES, turut berada dalam senarai jadual Paris Saint-Germain antara tujuh pasukan yang bernilai.

Juventus kelab tunggal dari Itali yang melengkapkan 10 pasukan teratas berada dalam senarai itu, dengan kejutan tanpa gergasi Bundesliga dalam senarai berkenaan.

Pasukan bawahan Jerman, Paderborn berada di kelompok terbawah carta dengan nilai hanya £33.7 juta (RM177 juta).

Penilaian CIES itu adalah berdasarkan keputusan daripada beberapa pengiraan.

Ia selepas mengambil kira tempoh baki kontrak pemain, umur, status antarabangsa, perkembangan kerjaya dan persembahan dalam pertandingan merentas tugas untuk kedua-dua kelab dan negara.

All copyrights for this article are reserved to Metro