ROMELU Lukaku menjaringkan dua gol pantas pada babak kedua membolehkan Inter Milan menewaskan Udinese 2-0 di tempat lawan awal pagi tadi sekali gus menamatkan tiga keputusan seri berturut-turut sebelum ini dan memastikan mereka tiga mata di belakang pendahulu Serie A, Jventus.

Penyerang Belgium itu yang sudah menjaringkan 16 gol musim ini memecah kebuntuan pada minit ke-64 dan menyempurnakan penalti tujuh kemudian melengkapkan kemenangan Inter Milan yang lebih banyak menguasai perlawanan di Stadium Friuli.

Inter dengan 51 mata daripada 22 perlawanan kekal tiga mata di belakang pendahulu, Juventus yang menewaskan Fiorentina 3-0 dalam perlawanan lebih awal dan dua mata mengatasi SPAL 5-1. Bagaimanapun, Lazio berkelebihan satu perlawanan, menentang Verona di tempat sendiri pada Rabun ini.

Jurulatih Inter, Antonio Conte menurunkan pemain baharu mereka Victor Moses dan Christian Eriksen dalam kesebelasan utama dan pemain berusia 17 tahun, Sebastiano Esposito masuk menggantikan penyerang, Lautaro Martinez.

All copyrights for this article are reserved to Metro