DUA penyokong Manchester City menerima penggantungan lima tahun daripada menyaksikan perlawanan bola sepak dan penggantungan seumur hidup daripada pihak pengurusan stadium juara Liga Perdana selepas didapati bersalah membabit isu perkauman.

Ian Baldry, 58, membuat kenyataan perkauman terhadap pemain sayap City dan England, Raheem Sterling ketika dia meraikan jaringan dalam perlawanan Liga Perdana berdepan Bournemouth di Stadium Etihad pada Disember 2018.

Defendan dari Yorkshire didapati bersalah pada September kerana menyebabkan gangguan perkauman, penggera atau kesusahan yang diburukkan secara perkauman.

Pada Jumaat, dia dihukum di Mahkamah Majistret Manchester dan diarahkan untuk melengkapkan 200 jam khidmat komuniti dan membayar £170 (RM905.22) sebagai pembiayaan mahkamah.

Dalam kenyataan yang diberikan oleh seorang saksi mengenai defendan seorang lagi penyokong yang hadir pada perlawanan memberi tahu polis “ia sesuatu yang memalukan pada hari ini dan tahun ini ia masin berlaku.

Isu perkauman terus menjadi parut dalam bola sepak, dengan aksi kelayakan Euro 2020 membabitkan pasukan England di Bulgaria dua kali dihentikan berikutan isu perkauman membabitkan penyokong awal musim ini, sementara skuad kendalian Gareth Southgate mengalami perkara sama dalam satu lagi perlawanan di Montenegro.

Musim lalu, sebiji pisang dilontarkan kepada penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang oleh penyokong Tottenham, sementara Sterling menjadi mangsa cemuhan dalam perlawanan di Chelsea.

All copyrights for this article are reserved to Metro