ANTHONY Martial dilihat memakai sarung tangan getah ketika mengisi petrol kenderaan Range Rover miliknya tatkala bintang Manchester United mengambil langkah pencegahan penularan koronavirus (Covid-19).

Penyerang itu meninggalkan sementara tempoh pengurungan negara itu tapi menunjukkan langkah serius menangani virus itu apabila memakai sarung tangan biru pada tangan kanannya.

Martial terganggu dengan sentuh penyudah jaringannya ketika Liga Perdana Inggeris dihentikan sementara dalam usaha menghalang penularan Covid-19.

Martial menggunakan sarung tangan getah bagi melindungi Covid-19. FOTO AgensiMartial menggunakan sarung tangan getah bagi melindungi Covid-19. FOTO Agensi

Pemain Perancis itu sudah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana.

Dia menjadi tonggak pilihan Ole Gunnar Solskjaer untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Marcus Rashford berikutan mengalami kecederaan.

Skuad Old Trafford itu menutup padang latihan Carrington dan Martial melengkapkan program latihan peribadinya dari rumah.

All copyrights for this article are reserved to Metro