PARIS St Germain (PSG) memperoleh kemenangan selesa 4-1 ke atas Monaco dalam perlawanan yang dijadualkan semula pagi ini, untuk mendahului di puncak carta Ligue 1 Perancis dengan lapan mata.

Tiga hari selepas kedua-dua pasukan seri 3-3 di Parc des Princes, Kylian Mbappe meledak dua gol, Neymar menyempurnakan penalti dan pemain gantian pada babak kedua Pablo Sarabia turut menjaringkan gol buat PSG.

Sementara, Tiemoue Bakayoko menjaringkan gol saguhati buat Monaco.

PSG melebarkan penguasaan dengan 49 mata daripada 20 perlawanan dan bukan lawan mereka ketika Olympique de Marseille di tangga kedua dengan 41 mata.

Stade Rennais ketinggalan lima mata di tempat ketika selepas pasukan itu menewaskan Nimes 1-0 menerusi jaringan tunggal Adrien Hunou.

Monaco berada di tangga ke sembilan dengan memungut 29 mata.

All copyrights for this article are reserved to Metro