BENJAMIN Mendy percaya bahawa Manchester City masih lagi boleh gembira dengan musim yang cemerlang walaupun mereka gagal untuk mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL)

Pasukan bimbingan Pep Guardiola terus ketinggalan jauh di belakang Liverpool selepas mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Crystal Palace semalam.

Dibebani dengan masalah kecederaan, City dilihat gagal untuk menyamai aksi konsisten mereka seperti dua musim sebelum ini yang membawa mereka muncul juara liga.

Guardiola mengakui bulan lalu pasukannya tidak mampu lagi mengejar Liverpool namun pertahanan City, Mendy mengakui mereka masih mempunyai tiga lagi trofi untuk dimenangi, termasuk Liga Juara-Juara yang belum pernah diraih mereka.

City juga memenangi 3-1 aksi separuh akhir pertama Piala Liga ketika menentang Manchester United, selain menanti kunjungan Fulham bagi pusingan keempat Piala FA hujung minggu depan.

Mereka juga dijadualkan berdepan Real Madrid bagi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Apabila anda memulakan saingan liga, anda akan cuba untuk menang, berikan yang terbaik dan perlu mengakui perkara sebenar, di mana Liverpool berjaya melakukan dengan cemerlang dan mereka adalah pasukan terkuat. Semua orang dapat melihatnya,” kata Mendy

All copyrights for this article are reserved to Metro