PENGURUS Tottenham, Jose Mourinho membotakkan kepalanya yang mungkin memberi sebab kepada penyokongnya untuk lebih optimis.

Mourinho melakukannya di sebuah kedai gunting mewah terkenal Haks Oscar dekat King’s Road di Chelsea sebelum beberapa keping gambar dimuat naik di Instagram menunjukkan wajah baharunya.

Ia bukan kali pertama Mourinho membotakkan kepalanya dan dia mempunyai rekod yang baik apabila memilih berbuat demikian.

Pada kempen 2006-07, Chelsea menang sembilan daripada 11 perlawanan awal liga selepas Mourinho tampil dengan gaya rambut sedemikian.

Mourinho dengan fesyen baharu berkepala botak (kanan). FOTO Agensi

Pada musim 2013-14, ketika di kembali ke Chelsea, Mourinho menjadikan Fernando Torres sebagai contoh untuk memotong rambutnya dan the Blues kemudiannya memenangi lapan daripada 10 perlawanan liga berikutnya.

Tottenham kini mengharapkan kelebihan itu apabila mereka berdepan Aston Villa di gelanggang lawan pada 16 Februari ini.

Setakat ini, Mourinho sudah menang 10 perlawanan, seri empat dan tewas lima dalam 19 perlawanan di bawah kendaliannya di Tottenham.

Awal pagi Khamis lalu, Mourinho membimbing skuadnya mara ke suku akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Southampton dalam aksi ulangan pusingan keempat.

All copyrights for this article are reserved to Metro