PEMAIN legenda Kedah era ‘Double Treble’ 2007 dan 2008 Nelson Sam Martin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) dalam usaha membendung pandemik Covid-19.

Bekas pemain Kedah berusia 39 tahun kelahiran Chile ini yang kini berada di Pulau Langkawi dan bertugas sebagai Ketua Jurulatih, kelab Liga M3, Langkawi City FC (LCFC) sejak 12 Mac lalu.

“Saya ingin menasihatkan semua agar sentiasa berada di rumah. Jika anda kekal berada di rumah, anda boleh menyelamatkan Malaysia.”

“Anda juga boleh lakukan latihan ringan di rumah seperti saya yang baru sahaja membuat latihan selama 45 minit dan saya mendoakan keselamatan seluruh warga Malaysia dan dunia termasuk keluarga saya di Chile.”

“‘Stay at home kawan’ dan ‘We can do it! Pulun Malaysia Pulun!”. demikian nasihat yang dilontarkan Nelson melalui video berdurasi 50 saat pada semua peminat yang mengikuti FB miliknya.

Nelson bergandingan dengan Marlon Alex James yang mencipta fenomena bola sepak Kedah sejak musim 2006 hingga 2008 sudah memiliki lesen kejurulatihan di negara kelahirannya dan kini kembali ke Kedah bagi mengetuai barisan kejurulatihan LCFC.

Nelson yang pernah di gelar ‘jeneral’ padang ketika zaman kegemilangan skuad Hijau Kuning di bawah kendalian jurulatih Azraai Khor antara lima pemain import selain Marlon Alex James, Andre Luis Nascimento, Cornelius Huggins serta Olubunmi Adigun.

All copyrights for this article are reserved to Metro