NEYMAR percaya dia menikmati prestasi terbaiknya sejak menyertai juara Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Selepas tiba dari Barcelona dengan rekod perpindahan dunia 222 juta Euro (RM1.10 bilion) pada 2017, Neymar memenangi sembilan kejuaraan dan menjaringkan 74 gol dalam 85 penampilan di semua kejohanan.

Neymar berulang kali dikaitkan dengan perpindahan semula ke gergasi La Liga, Barca – sudah meraikan trofi Ligue 1, Piala Perancis, Piala Liga Perancis dan Juara Perancis yang dilakar pada 2019-20 ketika PSG memburu kejayaan dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

“Tiga tahun ini hadir dengan terlalu banyak pengalaman. Saya sudah merasai tempoh gembira dan ada kala sukar, terutama apabila tidak dapat beraksi kerana kecederaan,” kata Neymar menerusi laman web kelab itu.

PSG melakukan persiapan bagi perlawanan berdepan Atalanta dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara minggu depan.

“Dengan bantuan rakan sepasukan, saya mampu menyerlah dan memberi tumpuan apa yang sangat penting bagi semua orang, iaitu persembahan kami di atas padang yang menterjemahkan kejuaraan.

“Peminat kami, kelab dan setiap penyokong dapat lihat pasukan kami menunjukkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan.

“Saya percaya memiliki detik terbaik di Paris.”

All copyrights for this article are reserved to Metro