NICOLAS Otamendi seolah-olah berada dalam dunia perlumbaan kereta ketika mengisi aktiviti harian terperap di rumah berikutan penularan koronavirus.

Bintang Manchester City memanfaatkan masa dengan membina kereta terlaju di dunia, Bugatti Chiron – menggunakan Lego.

Jentera sebenar, yang memilik 15000 kuasa kuda, mempunyai kelajuan 260kmj dan mampu melakukan 0-62kmj dalam masa 2.5 saat bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.8 juta)

Namun menerusi laman web rasmi Lego anda mampu membeli jentera sama seperti Otamendi serendah £329.99 (RM1,690)

Otamendi leka menyiapkan lego Bugatti Chiron. Otamendi leka menyiapkan lego Bugatti Chiron.

Wang bukan menjadi masalah tapi anda mungkin perlu kesabaran yang tinggi untuk melengkapkan kereta gergasi yang mengandungi 3,599 – blok reka bentuk.

Tidak jelas berapa lama untuk Otamendi melengkapkan pembinaannya tapi dia mengharunginya dengan menukar sekurang-kurangnya sembilan pakaian dalam tayang semula sepanjang tempoh rakaman video hebatnya itu.

Otamendi mencatat bersama paparan video berkenaan : “Hari kuarantin bersama @lego #StayAtHome.”

Peminat memberi maklum balas lucu dan pelbagai terhadap video berkenaan.

All copyrights for this article are reserved to Metro