London: Crystal Palace melakar keputusan seri 1-1 ketika bertemu Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain pada saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal di depan sebelum di buang padang selepas Jordan Ayew menyamakan kedudukan untuk tuan rumah.

Aubameyang meledak gol minit ke-12 menerusi tolakan rendah menewaskan penjaga gol, Vicente Guaita dengan Arsenal dilihat mendominasi babak pertama di Selhurst Park.

Ayew kemudian menyamakan kedudukan minit ke-54.

Aubameyang dilayangkan kad merah pertengahan separuh masa kedua selepas ulang tayang teknologi bantuan video (VAR) menunjukkan dia mengasari Max Meyer.

Palace terlepas peluang untuk di depan selepas Sokratis Papastathopoulos menafikan tandukan James Tomkins minit ke-78.

All copyrights for this article are reserved to Metro