KELAB Divisyen Tiga Perancis, Pau mempamerkan persembahan luar biasa ketika mencatat kemenangan 3-2 selepas aksi tambahan masa ke atas pasukan liga utama, Bordeaux awal pagi ini untuk mara dalam kelompok 16 terakhir Piala Perancis.

Pemain sayap Senegal, Mamadou Lamine Gueye meledak gol menarik pada minit ke 117, membolehkan Pau mendahului buat kali ketiga dalam perlawanan itu.

Pau memecah kebuntuan menerusi jaringan pada pertengahan babak pertama menerusi Moustapha Name ketika Yankuba Jarju memastikan kelebihan mereka menerusi gol sebelum separuh masa pertama selepas gol penyamaan Bordeaux oleh Josh Maja.

Penyerang Bordeaux, Nicolas de Preville memaksa perlawanan berlarutan sehingga tambahan masa dengan gol pada minit ke 82 namun Pau yang berada di tangga keempat dalam Liga Juara Kebangsaan Perancis, berjaya menyingkirkan pasukan Ligue 1 sekali gus untuk melakukan kejutan terbaharu selepas sekian lama dalam pertandingan itu.

All copyrights for this article are reserved to Metro