MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pasti mengenai kesahihan laporan sebuah portal berita mengenai seorang pemimpin tertinggi persatuan ditahan Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau ada juga mendengar berita berkenaan perkara itu iaitu presiden persatuan dipanggil SPRM.

“Buat masa sekarang kita beri ruang kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Bagaimanapun saya tidak pasti di atas tujuan apa. Biar mereka yang uruskan perkara itu,” katanya dalam sidang media Genting Malaysia sebagai penaja utama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020, hari ini.

Dalam portal berkenaan, pemimpin tertinggi badan sukan itu dikatakan ditahan atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa ataupun pecah amanah.

All copyrights for this article are reserved to Metro