BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Lui Ying dan pemain bebas lain akan menyertai kem latihan pusat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 15 Julai ini.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann ketika dihubungi memaklumkan perkara berkenaan, namun ia sebenarnya tertakluk kepada sebarang perubahan pada masa akan datang.

“Covid-19 merubah banyak perancangan. BAM memang sudah memberi tawaran kepada mereka dan terpulang sama ada mereka akan bersama atau tidak. Mereka sebelum ini juga sudah sedia maklum dengan perkara itu,” katanya.

Pemain profesional terbabit akan menyertai kumpulan pertama di bawah program Road To Tokyo (RTT) yang sudah melaporkan diri di ABM, semalam.

Terdahulu Peng Soon berkata, jemputan daripada BAM disambut baik untuk pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu yang dilihat memberi situasi menang-menang buat kedua-dua belah pihak yang dalam persediaan untuk menghadapi temasya Olimpik tahun depan.

Pasangan beregu campuran negara yang kini berstatus bebas itu menduduki ranking ketujuh

dunia dengan Peng Soon berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini memberi sedikit ruang buat dirinya melepaskan kerinduan bermain tenis.

All copyrights for this article are reserved to Metro