PERLU menjalani ujian Covid-19 dan pemeriksaan termometer harian adalah sebahagian daripada pelan keselamatan dan kesihatan Jelajah PGA AS selepas kembali semula bulan depan, perkara itu disahkan jurucakap jelajah itu semalam.

Jelajah PGA merancang memulakan kembali saingan tanpa penonton pada 11 Jun pada Cabaran Charles Schwab di Colonial Country Club dekat Fort Worth, Texas.

Di mana juara utama empat kali, Brooks Koepka memaklumkan perancangan untuk mengambil bahagian.

Ujian swab bagi virus yang mampu membunuh sehingga memberhentikan jelajah berkenaan lebih dua bulan, mungkin bermula apabila pemain dan kedi menjalani ujian pra-pergerakan.

Mereka akan diuji sekali lagi apabila tiba di lobi pertandingan.

Jelajah PGA AS utamakan keselamatan dan kesihatan. FOTO File AFPJelajah PGA AS utamakan keselamatan dan kesihatan. FOTO File AFP

Apabila mereka tiba di lapangan setiap hari, pemain dan kedi akan berdepan ujian kesihatan dan bacaan termometer sebelum dibenarkan masuk.

“Kami tidak akan bermain jika kami tidak dapat melakukannya dalam keadaan selamat dan sihat,” kata Ketua Operasi Jelajah PGA, Tyler Dennis.

Tiga lagi acara – the Heritage, kejuaraan the Travelers dan the Rocket Mortgage – dijangka berlangsung tanpa penonton, ketika John Deere Classic dekat Sylvis, Illinois, pada 9-12 Julai ini menjadi acara pertama dalam rombakan jadual mungkin dibuka kepada peminat.

All copyrights for this article are reserved to Metro