BEBERAPA drama lewat dapat disaksikan tatkala jendela perpindahan pemain Januari di tutup semalam, namun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tetap membelanjakan melebihi £200 juta (RM1.08 bilion) sejak dua bulan lalu kepada pemain baharu.

Minat jangka panjang United terhadap pemain tengah antarabangsa Portugal akhirnya tercapai menerusi perjanjian 55 juta euro (RM249.94 juta) perjanjian mungkin meningkat sehingga 80 juta euro jika prestasi memenuhi kehendak dan beberapa syarat tambahan lain.

Fernandes, 25, menjadi penjaring prolifik buat Sporting sejak dua musim lalu dan akan memberi keperluan yang mendesak menghasilkan gol buat barisan United selepas ketiadaan bakat kreatif seperti Paul Pogba dan penjaring terbanyak, Marcus Rashford untuk beberapa minggu lagi berikutan kecederaan yang dialami.

Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Fernandes akan membuat penampilan pertamanya apabila menerima kunjungan Wolves di Old Trafford malam ini.

Red Devils memerlukan impak segera daripada pemain terkini yang dibeli dengan harga tinggi ketika mengejar Chelsea dengan perbezaan enam mata untuk pemburuan penamat empat pasukan teratas.

Pengurus Spurs, Jose Mourinho tidak memperoleh penyerang yang dimahukan dengan ketiadaan Harry Kane, namun dia masih mempunyai pilihan lain di barisan serangan dengan kehadiran sayap Belanda, Steven Bergwijn.

Pemain berusia 22 tahun yang menjadi tumpuan ramai sudahpun mempunyai sembilan penampilan buat Belanda dan menjaringkan 31 gol buat PSV dalam kemenangan tiga kejuaraan Eredivisie.

Liverpool semakin menghampiri impian mendakap kejuaraan Liga Perdana selepas 30 tahun berikutan selesa mendahului liga selepas dikatakan berjaya dalam proses memperkuatkan barisan pasukan sejak beberapa tahun lalu dan Minamino mungkin satu lagi pembelian terbaik buat juara Eropah itu.

Pemain kebangsaan Jepun itu berjaya menarik perhatian Jurgen Klopp ketika Salzburg memaksa Liverpool hampir tewas dalam saingan peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara dan hanya dibeli sekitar £7.25 juta (RM39.21 juta) berikutan beberapa syarat dalam kontraknya bersama juara Austria itu.

Sander Berge sertai Sheffield United. FOTO File Agensi

Mengintai peluang untuk layak beraksi di kejohanan Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab itu, the Blades membelanjakan £22 juta (RM118.99 juta) kepada pemain tengah berbakat Norway, Sander Berge.

Barisan kendalian Chris Wilder berada di kedudukan ke lapan dalam carta, hanya satu mata di belakang United untuk slot Liga Europa.

Turut meninggalkan juara Belgium bulan ini adalah Samatta, yang menjadi pemain pertama Tanzania beraksi di EPL.

Musim yang dilanda kecederaan buat pemain Brazil, Wesley meninggalkan Villa tanpa pemain penyerang tunggal dan kehadiran Samatta diharap dapat memberi impak di Bournemouth apabila pemain itu bakal membuat kemunculan pertama malam ini.

Selepas terlepas peluang meraikan kejayaan skuad Dean Smith mara ke final Piala Liga mengetepikan Leicester pada Selasa lalu.

All copyrights for this article are reserved to Metro