OLE Gunnar Solskjaer menjangkakan Paul Pogba bakal cergas untuk beraksi untuk Manchester United dalam pertembungan Tahun Baru dengan Arsenal ketika dia masih lagi dalam proses untuk pulih daripada kecederaan kaki.

Pogba telah diketepikan daripada kemenangan 2-0 United ke atas Burnley, selepas membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika bertemu Watford dan Newcastle United berikutan direhatkan hampir tiga bulan.

Pemenang Piala Dunia itu sekadar membuat tujuh penampilan musim ini selepas muncul empat kali dalam kesebelasan utama pada permulaan musim 2019-2020.

Solskjaer berkata Pogba hampir cergas untuk bertemu Burnley, dan menegaskan pemain kebangsaan Perancis itu bakal terlibat dalam pertemuan di Stadium Emirates, malam ini.

Ditanya sama ada Pogba bakal turun beraksi, Solskjaer memberitahu wartawan, “Ya, saya juga fikir begitu.

“Apabila anda diketepikan untuk tempoh yang panjang, ia memerlukan masa untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Dia memerlukan satu hari lagi mungkin untuk pulih.”

All copyrights for this article are reserved to Awani