SAYAP Stade Rennes, Raphinha menjaringkan gol kemenangan ketika pasukan itu menyempurnakan dua gol lewat ketika menewaskan seteru setempat Nantes, 3-2 dalam saingan Ligue 1, pagi ini.

Pasukan di tangga ketiga, Rennes ketinggalan di awal babak kedua perlawanan selepas Damien Da Silva menjaringkan gol sendiri namun pemain dari Brazil, Raphinha menyamakan kedudukan pada minit ke 71 buat tuan rumah susulan penalti yang diambil Mbaye Niang diselamatkan Alban Lafont.

Moses Simon meletakkan Nantes kembali di depan pada minit ke 80 sebelum Benjamin Bourigeaud menyamakan kedudukan buat Rennes serta jaringan dramatik Raphinha pada minit ke 98 memastikan kemenangan buat skuad itu.

Kemenangan itu membolehkan Rennes memungut 40 mata, 12 mata ketinggalan kepada pendahulu Paris St Germain dan dua mata di belakang Marseille.

Nantes pula berada di tangga ke enam dengan memungut 32 mata.

All copyrights for this article are reserved to Metro