THIBAUT Courtois muncul wira Real Madrid ketika menewaskan tetangga Atletico Madrid dalam penentuan penalti Piala Super Sepanyol untuk memenangi trofi ke-11 mereka di kejohanan berkenaan.

Courtois dan Jan Oblak masing-masing beraksi cemerlang untuk memastikan gawang tidak dibolosi sepanjang tempoh permainan sebenar.

Namun penjaga gol Belgium berkenaan selangkah di hadapan apabila menyelamatkan penalti Thomas Partey selepas percubaan Saul Niguez terkena tiang.

Sergio Ramos menyempurnakan penalti kemenangan untuk trofi pertama Real musim ini, dengan La Liga dan Liga Juara-Juara menjadi sasaran seterusnya.

Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih Zinedine Zidane dalam aksi final di mana dia membimbing Madrid menjuarai Liga Juara-Juara, dua kali di Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA, dan sekarang untuk Piala Super Sepanyol.

All copyrights for this article are reserved to Awani