MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas pemain hoki kebangsaan, S Bala Singam yang meninggal dunia semalam.

Menerusi twitter Reezal Merican @reezalmerican72 beliau merakamkan takziah atas pemergian S Bala Singam yang meninggal dunia di usia 74 tahun.

Bala Singam adalah Pemain Piala Dunia Hoki pada tahun 1975 dan juga atlet kebanggaan negara.

Semoga keluarga beliau tabah dan reda menghadapi dugaan ini. Dipermudahkan segalanya.

S. Balasingam (berdiri tiga dari kanan) barisan pemain pasukan legenda hoki piala dunia 1975. Gambar Ihsan James SiaS. Balasingam (berdiri tiga dari kanan) barisan pemain pasukan legenda hoki piala dunia 1975. Gambar Ihsan James Sia

Difahamkan Bala Singam meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur jam 8 malam tadi.

Dia membuat kemunculan pertama di peringkat antarabangsa pada usia 21 tahun di Kejohanan Hoki Antarabangsa di Lahore, Pakistan pada 1968.

Dia menjadi sebahagian dari pemain hoki kebangsaan yang beraksi di Munich 1972 dan Olimpik Montreal 1978 begitu juga Piala Dunia di Amsterdam pada 1973.

All copyrights for this article are reserved to Metro