BEKAS pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery kembali menjalani latihan bersama Fiorentina selepas tersisih hampir enam bulan berikut kecederaan buku lali serius yang dialami.

Pemain berusia 37 tahun menyertai latihan individu semalam selepas kelab Serie A diberikan lampu hijau untuk kembali meneruskan latihan berpasukan minggu ini.

Ribery, yang menyertai Fiorentina musim ini selepas 12 tahun bersama Bayern Munich, kembali ke Itali dua minggu lalu selepas menghabiskan masa beberapa minggu di Jerman ketika perintah berkurung kerana pandemik Covid-19.

Dia menjaringkan dua gol dalam 11 perlawanan buat Fiorentina sebelum menjalani pembedahan buku lali kaki kanan selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Lecce pada 30 November lalu.

All copyrights for this article are reserved to Metro