RICHARLISON pasti antara mereka yang kebosanan ketika perintah kuarantin dijalankan di London selepas dia meniru gaya rambut popular Ronaldo pada Piala Dunia 2002.

Penyerang yang menggunting serta memilih gaya rambutnya sendiri itu ketika rakan sepasukan turut diarahkan mengasingkan diri masing-masing selepas Everton menangguhkan latihan bagi membendung penularan koronavirus.

Richarlison mengetepikan sementara masalah yang lebih serius ketika tonggak barisan depan pasukannya itu mengakui bertapa dia mengagumi Ronaldo yang diiktiraf sebagai legenda Brazil itu.

Richarlison timbul ilham tiru gaya rambut kerana kagum pada legenda Brazil itu.Richarlison timbul ilham tiru gaya rambut kerana kagum pada legenda Brazil itu.

Pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan gaya rambut terbaharu dengan penuh bangga menerusi paparan instagram – apabila separuh daripada bahagian belakang rambutnya dicukur.

Richarlison memakai jersi LeBron James LA Lakers bergaya bagaikan aksi Ronaldo ketika 18 tahun lalu.

Disamping gaya rambut kontroversi, Richarlison mencatat: “Dalam kuarantin, kami seperti….”

All copyrights for this article are reserved to Metro