MELBOURNE: Bintang tenis nombor tiga dunia, Roger Federer mara ke pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Australia 2020 selepas berjaya menjinakkan bintang Amerika Syarikat, Tennys Sandgren.

Menerusi aksi yang berlangsung selama 3 jam 30 minit di Rod Laver Arena itu, jaguh Switzerland itu menang set pertama 6-3, keempat 7-6 dan penentuan 6-3.

Walaupun tewas kepada jaguh tenis terkemuka dunia yang setakat ini merangkul 20 trofi jelajah Grand Slam itu, Sandgren tetap memberikan saingan sukar buat Federer.

Ini dapat disaksikan menerusi pusingan kedua dan ketiga di mana Sandgren menang 6-2, 6-2.

Pusingan keempat terus memberikan debaran buat penonton apabila perlawanan diheret ke pusingan tie-break namun Federer berjaya kekalkan penguasaan.

Pusingan penentuan terus hangat namun Sandgren gagal untuk terus fokus bagi menyekat kemaraan Federer.

Pusingan separuh akhir bakal menyaksikan Federer akan bertemu sama ada Novak Djokovic yang merupakan pemain nombor dua dunia atau bintang Kanada, Milos Raonic.

Federer setakat ini pernah memenangi Terbuka Australia sebanyak enam kali dan kali terakhir dia merangkul trofi tersebut pada 2018.

All copyrights for this article are reserved to Awani